Loading...
Meeting

Hadis 40

Hadis 40 merujuk kepada himpunan empat puluh dua hadis Nabi Muhammad SAW oleh Imam Al-Nawawi. Hadis-hadis ini merangkumi pelbagai aspek iman, moraliti, dan tingkah laku dan sebagainya yang menjadi panduan dalam agama Islam. Imam al-Nawawi telah menghimpunkan sebanyak 42 hadis sahih yang sebahagian besarnya terdapat di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

>> Apa Itu Hadis?

Hadis adalah kata-kata dan jawapan Nabi Muhammad dalam menjawab pertanyaan umat Islam pada masa lampau. Hadis diinterpretasikan bersama dengan Al-Quran dan merupakan sumber penting dalam agama Islam. Berbeza dengan Al-Quran yang ditulis selama hidup Nabi Muhammad, hadis disampaikan secara lisan dan kemudian dirakam sebagai sejarah lisan berdasarkan apa yang didengar oleh mereka yang hidup pada masa Nabi. Terdapat beberapa jenis hadis seperti hadis sahih, hadis hasan, hadis qudsi hadis palsu dan sebagainya.

Tema Hadis 40

Tema yang disentuh dalam himpunan hadis 40 ini ialah berkaitan niat, ibadat, iman, ihsan, ketentuan takdir, halal, haram, nasihat, jihad, ketaatan, keyakinan, kasih sayang, kehormatan diri, menghargai orang lain, akhlak mulia, mengikut sunnah, bersederhana, penghakiman, mencegah kemungkaran, persaudaraan dan taubat.