Loading...
Meeting

Hadis 1

Keutamaan Niat

Daripada Abu Abdul Rahman Saiyidina Abdullah bin Mas‘ud r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW ~ yang sangat sentiasa berkata benar lagi diakui kebenarannya - telah memberitahu kami: “Sesungguhnya, dihimpunkan (unsur) penciptaan setiap kamu di dalam rahim ibunya selama 40 hari, kemudian bertukar menjadi segumpal darah selama itu juga, kemudian bertukar menjadi seketul daging selama itu juga. Kemudian diutuskan malaikat lalu dia pun meniup roh padanya. Dan malaikat itu diperintahkan agar menulis empat ketetapan: rezeki, ajal, amal perbuatannya dan (sama ada dia menjadi orang yang) celaka atau bahagia. Maka, demi Zat yang tiada tuhan selain-Nya, sesungguhnya ada antara kamu orang yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak dia dengan syurga hanya satu hasta tetapi takdir telah mendahuluinya. Lalu, dia melakukan amalan ahli neraka sehingga dia dimasukkan ke dalam neraka. Sesungguhnya, ada antara kamu orang yang melakukan amalan ahli neraka sehingga jarak dia dengan neraka hanya satu hasta, tetapi takdir telah mendahuluinya lalu dia melakukan amalan ahli syurga sehingga dia dimasukkan ke dalam syurga.

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah melaksanakan setiap amalan kerana Allah SWT.
  • Murid hendaklah hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh kerana Allah SWT bukan disebabkan oleh suruhan ibu bapa, mengikut kawan, mendapat wang saku atau sebagainya.
  • Murid membantu rakan sebaya dengan ikhlas kerana Allah SWT.
  • Murid hendaklah melaksanakan amalan dengan penuh kesungguhan untuk memperoleh kejayaan dunia Murid hendaklah melaksanakan dan pahala di akhirat.
  • Murid hendaklah sentiasa berusaha memperkukuhkan hubungan persahabatan dengan rasa hormat dan ikhlas tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.