Loading...
Meeting

Hadis 12

Meninggalkan Perkara yang Tida Berfaedah

Daripada Saiyidina Abu Hurairah r.a., beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Antara keindahan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan dirinya.”
Hadis hasan. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan imam yang lain.

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah berusaha meninggalkan perkara yang sia-sia dan tiada kaitan dengan dirinya seperti berlebih-lebihan dengan media sosial.
  • Murid yang baik sentiasa mengamalkan pengurusan masa yang berhemah.
  • Murid hendaklah menjaga tutur kata agar dapat mewujudkan suasana harmoni di sekolah seterusnya dapat melahirkan kemuliaan insan.