Loading...
Meeting

Hadis 4

Ketetapan Rezeki, Ajal, Amalan dan Ketentuan Syurga dan Neraka

Daripada Abu Abdul Rahman Saiyidina Abdullah bin Mas'ud r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW. - yang sangat sentiasa berkata benar lagi diakui kebenarannya - telah memberitahu kami: "Sesungguhnya, dihimpunkan (unsur) penciptaan setiap kamu di dalam rahim ibunya selama 40 hari, kemudian tukar menjadi segumpal darah selama itu juga, kemudian bertukar menjadi seketul daging selama itu juga. Kemudian diutuskan malaikat lalu dia pun meniup roh padanya. Dan malaikat itu diperintahkan agar menulis empat ketetapan: rezeki, ajal, amal perbuatannya dan (sama ada dia menjadi orang yang) celaka atau bahagia. Maka, demi Zat yang tiada tuhan selain-Nya, sesungguhnya ada antara kamu orang yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak dia dengan syurga hahya satu hasta tetapi takdir telah mendahuluinya, Lalu, dia melakukan amalan ahli neraka sehingga da dimasukkan ke dalam neraka. Sesungguhnya, ada antara kamu orang yang melakukan amalan ahli neraka sehingga jarak dia dengan neraka hanya satu hasta, tetapi takdir telah mendahuluinya lalu dia melakukan amalan ahli syurga sehingga dia dimasukkan ke dalam syurga.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.

PENGHAYATAN
  • Murid perlu menyedari bahawa manusia merupakan sebaik-baik kejadian berbanding makhluk.
  • Murid hendaklah mengelakkan diri daripada memandang hina terhadap orang yang melakukan kesalahan dan sentiasa mendoakan kebaikan untuknya.
  • Murid hendaklah bekerjasama sesama rakan secara harmoni dengan menghargai dan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
  • Murid hendaklah sentiasa istiqamah melakukan kebaikan dan berdoa agar mendapat husnul khatimah.