Loading...
Meeting

Hadis 5

Amalan yang Tertolak

Daripada Ummul Mukminin Ummu Abdillah Saidatina ‘Aisyah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yan mereka-reka dalam urusan (agama) kami ini perkara yang tiada asas (dalilnya} daripada agama maka ia tertolak."

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.”
Dalam satu riwayat yang lain daripada Imam Muslim, “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasaskan ajaran agama kami maka ia tertolak." .

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah beramal dengan amalan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunah agar terhindar daripada perkara yang bercanggah dengan syariat Allah SWT.
  • Murid hendaklah ikhlas dalam setiap amalan supaya diterima oleh Allah SWT.
  • Murid hendaklah mempelajari ilmu daripada guru yang berautoriti, bukan semara-mata-daripada media sosial tanpa panduan.