Loading...
Meeting

Hadis 9

Larangan Pertanyaan Dan Pertikaian Melampau

Daripada Saiyidina Abu Hurairah ‘Abdul Rahman bin Sakhr r.a. beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Apa-apa sahaja yang aku larang kamu daripada melakukannya, maka jauhilah dan apa sahaja yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka tunaikanlah sedaya upaya Kamu, Kerana sesungguhnya, perkara yang membinasakan umat yang terdahulu adalah banyak bertanya dan mempertikai para nabi mereka."
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.

PENGHAYATAN
  • Suruhan dalam agama merupakan peraturan yang menyusun kehidupan manusia menuju kejayaan.
  • Larangan dalam agama bukanlah perkara yang menyekat kebebasan bahkan memberi kebaikan kepada manusia.
  • Tidak mempertikaikan perkara yang telah ditetapkan dalam agama.
  • Soalan yang dilontarkan hendaklah memberi manfaat dan maslahah buat individu demi kepentingan umum.