Loading...
Meeting

Hadis 18

Takwa dan Akhlak Mulia

Daripada Saiyidina Abu Zar Jundub bin Junadah dan Saiyidina Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, susulkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebaikan akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi. Beliau berkata,“hadis hasan.”

PENGHAYATAN
  • Murid mestilah bertakwa dan merasai dirinya sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT.
  • Murid perlu berusaha untuk menjauhkan diri daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
  • Murid hendaklah sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dan memohon maaf jika melakukan kesilapan.
  • Murid perlu berakhlak mulia terhadap manusia dan bergaul dengan baik sesama rakan tanpa mengira kaum dan agama.
  • Murid hendaklah berdisiplin, mematuhi arahan guru dan peraturan sekolah.