Loading...
Meeting

Hadis 6

Berhati-hati terhadap Perkara Syubhah

Daripada Saiyidina Abu ‘Abdullah al-Nu’man bin Basyir r.a. beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas dan di antara kedua-duanya terdapat perkara yang syubhah (tidak jelas hukumnya), yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Sesiapa yang berhati-hati terhadap perkara yang syubhah, maka dia telah memelihara agamanya dan maruahnya. Namun sesiapa yang terjebak dengan perkara yang syubhah maka dia terjerumus ke dalam perkara haram. (Keadaannya) seperti penggembala yang membawa binatang gembalaannya berhampiran kawasan larangan, lambat laun dikhuatiri dia akan memasukinya. Ketahuilah sesungguhnya setiap raja mempunyai kawasan larangan. Ketahuilah sesungguhnya kawasan larangan Allah ialah perkara yan diharamkan-Nya. Ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. apabila ia baik maka seluruh jasad akan baik. Dan apabila ia rosak maka seluruh jasad akan rosak. Ketahuilah bahawa ia adalah hati."
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.

PENGHAYATAN
  • Murid perlu memastikan makanan, minuman, pakaian dan lain-lain daripada sumber yang diyakini halal.
  • Murid perlu berusaha menjauhi perkara yang syubhah. a e Meminta izin untuk mengambil atau menggunakan hak milik rakan merupakan amalan mulia.
  • Murid bertanggungjawab untuk memilih produk yang diyakini halal seperti yang mempunyai logo halal Jakim.
  • Murid perlu menghindari perkara yang dilarang seperti meniru dalam peperiksaan, menghina, mencaci, mengejek, membuli dan lain-lain.