Loading...
Meeting

Hadis 17

Kesempurnaan dalam Perkara Kebaikan

Daripada Saiyidina Abu Yala Syaddad bin Aus r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menuntut berlaku ihsan (berbuat kebaikan secara sempurna) dalam setiap perkara. Maka, apabila kamu membunuh hendaklah dilakukan dengan cara yang baik. Dan apabila kamu menyembelih hendaklah dilakukan dengan cara yang baik. Hendaklah seseorang menajamkan pisau sembelihannya dan memberi kerehatan (menyegerakan kematian) kepada binatang sembelihannya.” |
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah mengetahui bahawa Allah Yang Maha Pengasih telah mewajibkan hamba-Nya berbuat ihsan terhadap semua makhluk dalam setiap keadaan.
  • Murid hendaklah berasa ihsan terhadap haiwan ketika melakukan sembelihan.
  • Setiap murid mestilah menghindarkan diri daripada melakukan sebarang bentuk salah laku seperti membuli, mengugut, merosakkan harta benda dan lain-lain.