Loading...
Meeting

Hadis 37

Rahmat Allah SWT berkaitan Pahala dan Dosa

Daripada Saiyidina Ibn ‘Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW meriwayatkan hadis Qudsi daripada Tuhannya, Baginda SAW bersabda, “Sesungguhnya, Allah telah (memerintahkan malaikat) menulis segala kebaikan dan kejahatan. Kemudian, Dia menerangkan hal tersebut. Sesiapa yang berniat melakukan suatu kebaikan tetapi dia tidak menyempurnakan niatnya, maka Allah menetapkan untuknya satu kebaikan yang sempurna. Sekiranya dia berniat melakukan kebaikan lalu dia mengerjakannya, maka Allah akan menetapkan untuknya sepuluh kebaikan (dan digandakan) sehingga 700 kali ganda, bahkan sehingga gandaan yang tidak terkira banyaknya. Sekiranya dia berniat untuk melakukan kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, maka Allah menetapkan untuknya satu kebaikan yang sempurna. Sekiranya dia berniat melakukan kejahatan lalu dia melakukannya, maka Allah akan menetapkan untuknya satu dosa sahaja.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka dengan lafazlafaz ini secara tepat.

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah meyakini Allah SWT bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang kepada hamba-Nya.
  • Murid hendaklah memulakan setiap amalan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.
  • Murid hendaklah bersungguhsungguh melakukan segala amalan kebaikan kerana Allah SWT.
  • Murid hendaklah menjauhi perkara yang tidak baik walaupun lintasan di hati.