Loading...
Meeting

Hadis 31

Konsep dan Faedah Zuhud

Daripada Saiyidina Abu al-‘Abbas Sahl bin Sa‘ad al-Sa‘idi r.a. beliau berkata, seorang sahabat telah datang kepada Nabi SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku suatu amalan yang apabila aku mengamalkannya aku akan dicintai oleh Allah dan juga manusia.” Maka Baginda SAW bersabda: “Zuhudlah dalam perkara dunia nescaya kamu akan dicintai oleh Allah dan zuhudlah terhadap apa-apa yang ada pada manusia nescaya manusia akan menyukai kamu.”
Hadis hasan. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah dan imam yang lain dengan beberapa sanad yang hasan

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah meninggalkan sifat iri hati dan dengki dengan kelebihan rakan sekelas sebaliknya bersaing secara sihat.
  • Murid perlu sentiasa berasa gembira untuk berkongsi kesenangan dan kelebihan yang dimiliki sama ada harta, ilmu atau kemahiran.