Loading...
Meeting

Hadis 14

Kesan Jenayah Berat dalam Islam

Daripada Saiyidina Ibnu Mas'ud r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak halal (menumpahkan) darah seorang Muslim kecuali disebabkan satu daripada tiga perkara; berzina setelah berkahwin, membunuh orang (tanpa hak), dan meninggalkan agama serta memisahkan diri daripada jemaah orang Islam.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah patuh kepada sesuatu hukuman yang ditetapkan Allah SWT.
  • Murid hendaklah mengetahui dan memahami tujuan pensyariatan (magasid syariah) iaitu untuk menjaga agama, nyawa, akal, harta dan keturunan.
  • Murid hendaklah menjauhi dosa besar seperti berzina, membunuh dan murtad.
  • Murid hendaklah tidak melayari laman sesawang berunsur lucah, ganas dan menjauhi golongan yang tidak mempercayai agama.
  • Murid hendaklah menghargai nyawa manusia dengan menjauhi perkara yang merosakkan diri sendiri atau orang lain.
  • Murid boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti mendalami ilmu agama, membantu ibu bapa di rumah, beriadah, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.