Loading...
Meeting

Hadis 35

Hak persaudaraan Sesama Islam

Daripada Saiyidina Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu saling berdengki. Janganlah kamu saling menipu dan memperdaya. Janganlah kamu saling membenci. Janganlah kamu saling memulaukan antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu memintas jualan orang lain. Jadilah kamu para hamba Allah yang bersaudara. Setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim yang lain. Dia tidak boleh menzalimi, mengabaikan, membohongi atau menghinanya. Takwa itu di sini.” (Perawi berkata:) “Baginda SAW mengisyaratkan ke dadanya tiga kali.” “Sudah dianggap buruk apabila seseorang memandang rendah kepada saudara Muslim. Haram bagi setiap Muslim menumpahkan darah saudaranya, mengambil harta atau mencemarkan maruahnya.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah sentiasa berakhlak mulia, mengamalkan nilai dan adab yang terpuji serta saling menghormati.
  • Murid hendaklah menjaga hubungan persaudaraan sesama Muslim dan bukan Muslim.
  • Murid hendaklah sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan sesama Muslim walaupun mereka tidak mempedulikan kita.