Daripada Saiyidina Abi al-‘Abbas Abdullah bin ‘Abbas r.a., beliau berkata, pada suatu hari aku berada di belakang Nabi SAW lalu baginda SAW bersabda: “Wahai anak muda, sesungguhnya aku akan mengajar kamu beberapa perkara yang sangat penting. Peliharalah (hak) Allah nescaya Allah akan menjagamu. Peliharalah (hak) Allah nescaya kamu akan mendapati-Nya sentiasa di hadapanmu (membela kamu). Apabila kamu meminta sesuatu, mintalah kepada Allah. Apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah bahawa sekiranya seluruh makhluk berhimpun untuk memberi manfaat kepada kamu, mereka tidak akan mampu untuk memberi sebarang manfaat melainkan apa yang Allah telah tentukan untuk kamu. Sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan mudarat kepada kamu, mereka tidak akan mampu untuk mendatangkan sebarang mudarat kepada kamu melainkan apa yang Allah telah tentukan ke atas kamu. Pena-pena (pencatat takdir) telah diangkat dan lembaran-lembaran (catatan takdir) telah kering.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi.