Loading...
Meeting

Hadis 33

Asas Penghakiman dalam Islam

Daripada Saiyidina Ibn ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sekiranya sesiapa sahaja dibenarkan tuntutannya berdasarkan dakwaan semata-mata, nescaya ramai orang akan menuntut harta orang lain dan balasan terhadap nyawa. Akan tetapi, pihak yang mendakwa mesti mengemukakan bukti dan pihak yang menafikan dakwaan pula mesti bersumpah.”
Hadis hasan. Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan imam yang lain seperti lafaz yang dinyatakan. Sebahagian lafaz hadis ini diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah mengelakkan diri daripada membuat tuduhan terhadap rakan tanpa sebarang bukti.
  • Murid hendaklah menjaga hubungan baik dalam kalangan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat setempat.
  • Murid hendaklah sentiasa merujuk pihak bertanggungjawab dalam menghadapi sebarang pertikaian dan tidak mengambil tindakan sendiri.