Loading...
Meeting

Hadis 30

Larangan Melampaui Batasan syarak

Daripada Saiyidina Abu Tha‘labah al-Khusyani Jurthum bin Nasyir r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya, Allah Taala telah menetapkan perkara fardu, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dia telah meletakkan batasan (syarak), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu melanggarinya. Dia telah diam daripada (menerangkan hukum) beberapa perkara sebagai rahmat kepada kamu, bukannya kerana terlupa, maka janganlah kamu bertanya (sehingga menimbulkan kesukaran).”
Hadis hasan. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Daraqutni dan imam yang lain.

PENGHAYATAN
  • Murid mestilah mematuhi hukum Allah SWT sama ada melaksanakan suruhan atau meninggalkan larangan.
  • Murid hendaklah menjaga sempadan halal dan haram serta tidak menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal.
  • Murid hendaklah sentiasa taat sama ada dalam melaksanakan ibadah khusus seperti solat mahupun ibadah umum seperti tolong-menolong dalam pembelajaran.
  • Murid hendaklah sentiasa menjauhi perkara maksiat dan mungkar seperti pergaulan bebas, mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lain-lain.