Loading...
Meeting

Hadis 21

Iman dan Istiqamah

Daripada Saiyidina Abu ‘Amr dan dikatakan Abu ‘Amrah Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi r.a. berkata, “Aku berkata, “Wahai Rasulullah SAW, beritahulah kepadaku satu perkataan (berkenaan ajaran Islam) yang aku tidak perlu bertanya kepada sesiapa selain tuan mengenainya.” Sabda Rasulullah SAW: “Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah (atas perkara tersebut).”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah sentiasa berdoa agar ditetapkan iman.
  • Murid dituntut agar sentiasa mengambil berat tentang iman dan akidah.
  • Murid perlu sentiasa tekun melaksanakan ibadah kepada Allah SWT secara berterusan.
  • Murid perlu bersungguh-sungguh dan tidak mudah putus asa dalam melakukan kebaikan.